Thursday, August 31, 2023

Kolam Saujana Hill Tarikan Baru di Kota Marudu

 Kolam Saujana Hill terletak di Kampung Timbang Batu, Daerah Kota Marudu, Sabah. Kira-kira 9 km dari pekan Kota Marudu atau 10 minit perjalanan ke destinasi.

Kolam ini telah lama dibina sejak tahun 90-an. Namun kini telah dibangunkan semula dan dibaiki oleh pemiliknya Puan Roslyn Majumal. 

Saujana Hill menawarkan pelbagai produk seperti ikan air tawar dan juga rekreasi. Pengunjung boleh membeli ikan, melakukan aktiviti memancing, dan menyewa tapak untuk majlis-majlis keramaian. 

Pengunjung juga tidak perlu risau kerana premis ini menyediakan kemudahan asas seperti air dan juga tandas. Mempunyai landskap yang bersih dan menarik. Selain ini, pengunjung juga berpeluang melihat haiwan-haiwan peliharaan seperti ayam turkey, monyet, landak, burung, dan buaya.

Aktiviti yang disukai kebanyakan pengunjung ialah memberi makan ikan. Baja ikan ada disediakan namun mestilah dibeli terlebih dahulu. Manakalah yuran kemasukan sehingga hari ini ialah RM3 seorang.

Marilah kita menikmati keindahan alam dan juga pemandangan yang cantik di Kolam Saujana Hill.







No comments:

Post a Comment