Monday, March 26, 2018

Cara Mudah Menternak Ikan Keli Afrika

Pasaran ikan keli di Malaysia khasnya di Sabah sememangnya luas dan sentiasa mendapat permintaan tinggi. Keli adalah salah satu frozen food yang mendapat permintaan tinggi di negara China dan Dubai. Ini seperti yang dinyatakan oleh Lembaga Pertubuhan Ladang (LPP) yang akan memasarkan bekalan ikan keli sebanyak 180 tan sebulan. Permintaan yang semakin meningkat ini menjadi perhatian para penternak tempatan. Bagi yang masih baru dalam dunia penternakan ikan air tawar khususnya keli, di sini saya akan kongsikan cara menternak ikan keli afrika yang sangat mudah.

Ikan keli afrika tidak asing lagi di negara ini sejak ia mula diternak pada tahun 1988. Benih ikan keli afrika juga tidak susah untuk diperolehi. Pasaran semasa juga menunjukkan anak ikan keli yang bersaiz 1 inci hanya 15 sen-30 sen. Tempoh matang ikan ini juga hanya sekitar 2 – 3 bulan. Bergantung dengan pemakanan. Soal tempat penternakan ikan keli, tidak perlu risau kerana ikan jenis ini adalah yang paling mudah untuk dijaga. Ikan keli afrika tahan lasak dengan pelbagai persekitaran dan cuaca.

Ada beberapa kaedah popular yang banyak digunakan oleh penternak ikan keli. Kosnya juga tidak terlalu mahal untuk pemula. Antaranya:
  1. Kolam tanah
  2. Kolam simen
  3. Tangki kanvas
  4. Tangki kaca (fibreglass)
Sekiranya anda memiliki tanah yang luas dan berdekatan dengan sungai yang mengalir, adalah lebih baik menggunakan kaedah kolam tanah. Anda hanya perlu gali kolam tidak kurang 3 kaki dalam. Kemudian isi air yang sedang-sedang cetek. Cara menternak ikan keli Afrika seperti ini banyak digunakan di pedalaman. Keli lebih sesuai hidup di kolam yang cetek dan berlumpur. Itu menjadikanya lebih sihat dan cepat membesar. Soal makanan keli tidak perlu risau, hampir semua benda dia akan makan termasuk pucuk ubi, sisa bilis, dan lemak haiwan. Hanya dalam tempoh 3 bulan saiz keli akan mencapai kematangan dan boleh dipasarkan.

No comments:

Post a Comment