Salam tanih dari kami Borneo Aquatic kepada anda semua yang sentiasa sudi mengikuti perkembangan terkini aktiviti penternakan ikan. Hari ini kami akan kongsikan kepada anda sedikit sebanyak mengenai spesis hidupan kecil yang disebut sebagai Moina.
Apa itu Moina?
Ia merupakan sejenis kutu air semula jadi yang boleh didapati di sekitar rumah kita. Nama saintifiknya ialah Moina atau dalam melayu disebut kutu air. Saiznya sangat kecil dan halus tetapi masih boleh dilihat dengan mata kasar.
Moina hidup di kawasan takungan air kotor seperti longkang, pembetungan dan kolam kumbahan. Moina tidak akan hidup di kawasan air mengalir. Walaupun ia hanya kutu air, namun sebenarnya ada kegunaan yang penting dalam industri akuakultur.
Kandungan Nutrien Yang Terdapat Dalam Moina
Protein : 74.09%
Karbohidrat : 12.25%
Asid Lemak : 10.18%
Abu : 3.46%
Kegunaan Moina Dalam Industri Akuakultur
Salah satu kegunaan utama Moina dalam industri penternakan ikan air tawar ialah dijadikan sumber makanan anak-anak ikan. Ia sangat sesuai berbanding dedak halus kerana Moina adalah makanan semula jadi yang hidup dan berprotein tinggi sesuai untuk tumbesaran anak-anak ikan.
Sekian sahaja perkongsian dari kami Borneo Aquatic...
Friday, March 30, 2018
Tuesday, March 27, 2018
Apa Itu Projek 1R1K Yang Dilaksanakan Borneo Aquatic?
Industri penternakan ikan air tawar berkembang seiring dengan perkembangan teknologi masa kini. Permintaan ikan air tawar di pasaran sangat menggalakkan.
1R1K ialah program 1 Rumah 1 Kolam yang dilaksanakan di bawah syarikat Qamr Enterprise. Ia merupakan projek yang membantu peserta untuk menternak ikan air tawar di rumah.
Kelebihan projek ini ialah setiap peserta akan diberikan sebuah kolam kanvas yang dipasang sendiri oleh pihak syarikat. Sebuah kolam kanvas berukuran 10x15 ft. Peserta juga akan mendapat benih ikan Keli atau Talapia dengan harga diskaun.
Syarat Penyertaan Projek 1R1K
1) Warganegara Malaysia
2) Berumur 18 tahun ke atas
3) Berpendapatan kasar kurang daripada RM3000
Untuk keterangan lanjut, hubungi pihak syarikat:
Whatsapp: 01119060846
e-mail: rendybandau@yahoo.com
1R1K ialah program 1 Rumah 1 Kolam yang dilaksanakan di bawah syarikat Qamr Enterprise. Ia merupakan projek yang membantu peserta untuk menternak ikan air tawar di rumah.
Kelebihan projek ini ialah setiap peserta akan diberikan sebuah kolam kanvas yang dipasang sendiri oleh pihak syarikat. Sebuah kolam kanvas berukuran 10x15 ft. Peserta juga akan mendapat benih ikan Keli atau Talapia dengan harga diskaun.
Syarat Penyertaan Projek 1R1K
1) Warganegara Malaysia
2) Berumur 18 tahun ke atas
3) Berpendapatan kasar kurang daripada RM3000
Untuk keterangan lanjut, hubungi pihak syarikat:
Whatsapp: 01119060846
e-mail: rendybandau@yahoo.com
Monday, March 26, 2018
Cara Mudah Menternak Ikan Keli Afrika
Pasaran ikan keli di Malaysia khasnya di Sabah sememangnya luas dan sentiasa mendapat permintaan tinggi. Keli adalah salah satu frozen food yang mendapat permintaan tinggi di negara China dan Dubai. Ini seperti yang dinyatakan oleh Lembaga Pertubuhan Ladang (LPP) yang akan memasarkan bekalan ikan keli sebanyak 180 tan sebulan. Permintaan yang semakin meningkat ini menjadi perhatian para penternak tempatan. Bagi yang masih baru dalam dunia penternakan ikan air tawar khususnya keli, di sini saya akan kongsikan cara menternak ikan keli afrika yang sangat mudah.
Ikan keli afrika tidak asing lagi di negara ini sejak ia mula diternak pada tahun 1988. Benih ikan keli afrika juga tidak susah untuk diperolehi. Pasaran semasa juga menunjukkan anak ikan keli yang bersaiz 1 inci hanya 15 sen-30 sen. Tempoh matang ikan ini juga hanya sekitar 2 – 3 bulan. Bergantung dengan pemakanan. Soal tempat penternakan ikan keli, tidak perlu risau kerana ikan jenis ini adalah yang paling mudah untuk dijaga. Ikan keli afrika tahan lasak dengan pelbagai persekitaran dan cuaca.
Ada beberapa kaedah popular yang banyak digunakan oleh penternak ikan keli. Kosnya juga tidak terlalu mahal untuk pemula. Antaranya:
- Kolam tanah
- Kolam simen
- Tangki kanvas
- Tangki kaca (fibreglass)
Sekiranya anda memiliki tanah yang luas dan berdekatan dengan sungai yang mengalir, adalah lebih baik menggunakan kaedah kolam tanah. Anda hanya perlu gali kolam tidak kurang 3 kaki dalam. Kemudian isi air yang sedang-sedang cetek. Cara menternak ikan keli Afrika seperti ini banyak digunakan di pedalaman. Keli lebih sesuai hidup di kolam yang cetek dan berlumpur. Itu menjadikanya lebih sihat dan cepat membesar. Soal makanan keli tidak perlu risau, hampir semua benda dia akan makan termasuk pucuk ubi, sisa bilis, dan lemak haiwan. Hanya dalam tempoh 3 bulan saiz keli akan mencapai kematangan dan boleh dipasarkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)